Kenapa perlu menulis dokumen wasiat?
Jika anda masih bujang dan belum berkahwin, anda perlu menulis wasiat untuk melantik Executor (Wasi) uruskan harta anda, supaya tidak membebankan ibu bapa ataupun saudara yang terdekat untuk menguruskan hutang dan pentadbiran harta anda.
Jika anda masih bujang dan belum berkahwin, anda perlu menulis wasiat untuk melantik Executor (Wasi) uruskan harta anda, supaya tidak membebankan ibu bapa ataupun saudara yang terdekat untuk menguruskan hutang dan pentadbiran harta anda.
Jika anda telah berkahwin dan mempunyai cahaya mata, anda perlu menulis wasiat untuk melantik penjaga harta anak dibawah umur , kerana isteri perlu mendapatkan perlantikkan penjaga harta bagi anak dibawah umur. Supaya dapat mengelakkan daripada penyelewengan harta anak.
Jika anda berpoligami, anda perlu menulis wasiat supaya anda dapat mengelakkan dari konflik diantara kedua-dua keluarga anda dan melantik Executor terbaik dan beramanah untuk menjaga hak kedua-dua keluarga anda.
Jika anda ada anak angkat, anda boleh mewasiatkan sebahagian daripada harta pusaka anda kepada anak angkat, sepertimana yang ditetapkan mengikut hukum syarak.
Jika anda berhutang, anda perlu melantik Executor yang amanah, supaya Wasi membayar segala hutang piutang anda sebelum pembahagian harta pusaka anda.
Jika anda ada perniagaan, anda perlu membuat dokumen wasiat dan memberi arahan dan panduan kepada waris dan rakan kongsi anda, cara menguruskan perniagaan dan saham anda.
Jika anda mempunyai banyak harta, anda perlu menulis wasiat untuk memudahkan agihan harta pusaka kepada waris dan memberi panduan yang baik kepada ahli waris anda.
Jika anda seorang convert (muallaf), anda perlu mewasiatkan sebahagian harta anda kepada ahli keluarga anda yang bukan islam seperti ibu bapa kandung ataupun ahli keluarga kandung anda.
Anda juga boleh membuat pelaburan akhirat dengan wakaf sedekah untuk diri anda, supaya menjadi pencen anda di alam sana.
Tunggu apa lagi? Hubungi As-Salihin atau Amanah Raya sekarang.